Jumaat, 6 Ogos 2010

TUSYEN-WAJAR ATAU TIDAK

Pendahuluan
Lambakan pusat tusyen pada hari ini seperti "cendawan tumbuh selepas hujan" sememangnya mempunyai pro dan kontranya
Definisi
Tusyen merupakan suatu pembelajaran tambahan selepas tamat sesi persekolahan biasa
Kebaikan
*Meningkatkan kefahaman pelajar
Pusat tusyen sememangnya sangat berguna kerana ia mampu meningkatkan kefahaman para pelajar mengenai sesuatu subjek yang dipelajarinya di sekolah. Selain itu, pusat tusyen juga mungkin menyediakan pembelajaran tambahan yang tidak terdapat di sekolah. Oleh itu, ia dapat meningkatkan lagi penguasaan pelajar terhadap sesuatu subjek


*Membuang sikap suka membuang masa dan berpeleseran
Pusat tusyen juga mampu untuk membendung pelajar daripada terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti melepak dan sebagainya. Hal ini kerana masa yang terluang telah diisi dengan kelas tusyen. Oleh itu, masa yang ada selepas tamat sesi persekolahan telah diisi dengan kegiatan yang berfaedah.


*